Monday 15 July 2013

PERATURAN AM
PESTA  SUKAN RTM KE – 10, 2013 SABAH

1. NAMA

    1. Kejohanan ini dinamakan “PESTA SUKAN RTM KE – 10  2013, SABAH”

2. PENGELOLAAN

2.1. Pesta Sukan RTM ini dikelolakan oleh Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia bersama Kelab Sukan RTM Negeri sabah dengan kerjasama Jabatan Penyiaran Malaysia dan Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Sabah.

2.2. Bagi maksud pengelolaan, Pengerusi, Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia sebuah Jawatankuasa Tertinggi yang bertanggungjawab berkenaan dengan perkara-perkara dasar, sebuah Jawatankuasa Pengelola yang membuat perancangan dan mengelolakan semua program dan aktiviti Pesta Sukan ini dan seterusnya Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil dengan tugas-tugas khas yang bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Pengelola.  Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia adalah Urus Setia Pesta Sukan RTM di peringkat Pusat dan bertanggungjawab memastikan segala dasar dan keputusan dan Jawatankuasa Tertinggi dilaksanakan dengan kerjasama Jawatankuasa Pengelola serta Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil yang ditubuhkan.

3. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

    1. Undang-Undang permainan semua acara yang dipertandingkan akan mengikut Peraturan- Peraturan Permainan Antarabangsa yang berkuatkuasa masakini digunakan dan diubahsuai mengikut kehendak permainan yang ditetapkan oleh pihak pengelola sebagai Undang-Undang Rasmi Pertandingan melainkan sekiranya ada Peraturan Khas yang menguasai Pesta Sukan RTM Se Malaysia ini.


4. KELAYAKAN PEMAIN

4.1. Semua kakitangan Jabatan Penyiaran Malaysia layak menyertai dalam Pesta Sukan RTM Se Malaysia dengan syarat-syarat berikut:-

    1. Peserta

      1. Berjawatan Tetap dan Bertugas di Jabatan Penyiaran Malaysia

      1. Kakitangan berjawatan kontrak yang menerima gaji bulanan melalui penyata gaji yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

      1. Bahagian Perdagangan yang berjawatan Tetap bertugas di Negeri-Negeri layak menyertainya mengikut zon masing-masing, kecuali mereka yang bertugas di Angkasapuri, Kuala Lumpur dan Anggota Polis Bantunan.

      1. Setiap peserta di wajibkan membawa salinan slip gaji 2 bulan (Julai dan ogos 2013) berturut-turut yang telah di sahkan oleh Pengarah Kawasan / Negeri tempat mereka bertugas.

      1. Ketua Kontinjen di pertanggungjawabkan sekiranya ada pesertanya di dapati melanggar peraturan yang telah di tetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola seperti  kelayakan penyertaan , tidak membawa salinan slip gaji atau salahlaku semasa perlawanan atau orang perseorangan telah diambil tindakan tatatertib mana-mana Persatuan Sukan di Peringkat Negeri atau Daerah bagi tahun 2010 hingga 2012 atau telah di kenakan tindakkan pada Pesta Sukan RTM 2011, Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia berhak tidak membenarkan menyertainya.

    1. Tindakkan Tatatertib

      1. Mana-mana Pasukan atau Pemain yang di gantung penyertaan oleh badan-badan tersebut di bawah TIDAK DIBENARKAN menyertai Pesta Sukan RTM Se Malaysia 2013  dalam tempoh penggantungannya:-

  1. MAKSAK Peringkat Kebangsaan / Negeri

  1. Persatuan-Persatuan Sukan Peringkat Kebangsaan / Negeri

  1. PEMBAHAGIAN ZON

5.1. Telah di persetujui oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia pembahagian zon di kekalkan  seperti berikut:-

5.1.1. Zon Utara - Negeri Perlis
Negeri Kedah termasuk Pulau Langkawi
Negeri Pulau Pinang
Negeri Perak

5.1.2. Zon Timur - Negeri Kelantan
Negeri Terengganu
Negeri Pahang
    5.1.3. Zon Tengah - Negeri Selangor (Stesen Pemancar Kajang/ Unit    Pengesahan Klang/ JAKIM/ Petugas di Putrajaya ) Wisma Radio/TV

5.1.4. Zon Selatan - Negeri Sembilan
Negeri Melaka
Negeri Johor

5.1.5. Zon Sabah - Negeri Sabah termasuk WP Labuan

5.1.6. Zon Sarawak - Negeri Sarawak

  1. ORGANISASI PENGELOLAAN

6.1. Pengelolaan Pesta Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia terdiri daripada mereka yang berikut di bawah:-

      1. Jawatankuasa Peringkat Tertinggi

Penaung - Menteri Komunikasi dan Multimedia M’sia

Penasihat - Ketua Pengarah
Jabatan Penyiaran Malaysia

Pengerusi - Pengerusi
Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia

Naib Pengerusi - Pengarah Penyiaran Negeri Sabah
Ahli-Ahli - Ahli Jawatankuasa
Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia

      1. Jawatankuasa Peringkat Pengelolaan

Penasihat - Ketua Pengarah
Jabatan Penyiaran Malaysia

Pengerusi Bersama - Pengerusi
Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia

- Pengarah Penyiaran Negeri Sabah

Ahli-Ahli - Ahli Jawatankuasa Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia dan Ahli Jawatankuasa Kelab RTM Zon Sabah.







  1. PENDAFTARAN PEGAWAI / ATLIT

7.1. Setiap Zon di benarkan mendaftarkan bilangan Pegawai dan atlit seperti berikut:-


BIL

ACARA

JANTIAN
PEG / JURULATIH
LELAKI

WANITA

JUM





TERBUKA
VETERAN


i.
Badminton
L & W
1
3
3
3
10
ii.
Bola Jaring
W
1
-
-
10 (3 V)
11
iii.
Bola Sepak
L
1
9
6
-
16
iv.
Bola Tampar
L
1
9
3
-
13
v.
Boling
L & W
1
6
-
3
10
vi.
Catur
L & W
1
3
-
2
6
vii.
Dart
L & W
1
3
3
3
10
viii.
Fustal
L
1
10
-
-
11
ix.
Karom
L & W
1
3
3
3
10
x.
Ping Pong
L & W
1
3
3
3
10
xi.
Sepak Takraw
L
1
8
4
-
13
Jumlah
11
57
25
27
120



    1. Pengurus atau Jurulatih pasukan dibenarkan bermain sekiranya beliau kakitangan jabatan dan berjawatan tetap  didatarkan sebagai pemain.

    1. Pemain veteran lelaki yang berumur 40 tahun ke atas, mereka yang  lahir  1 Jan 1973. Bagi veteran wanita yang berumur 35 tahun ke atas yang dilahirkan 1 Jan 1978.

    1. Pemain veteran boleh bemain kategori senior tetapi pemain senior tidak boleh bermain kategori veteran.

8. BORANG PENDAFTARAN

8.1. Setiap kontinjen dikehendaki menggunakan borang pendaftaran yang telah disediakan oleh jawatankuasa teknikal pertandingan.

8.2. Borang-borang penyertaan yang lengkap dengan nama Pengurus / Jurulatih serta atlit  dan lain-lain maklumat seperti salinan Kad Pengelanan dan slip gaji yang  telah disahkan oleh Pengarah Kawasan / Negeri, hendaklah dikemukakan oleh setiap Zon kepada Setiausaha, Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia pada atau sebelum 1 Sept 2013 Pesta Sukan dijadualkan pada 20 – 27 Sept 2013, Pertukaran atlit boleh dibuat semasa mesyuarat pengurus-pengurus  permainan sebelum  pertandingan dimulakan.


9. SISTEM PERTANDINGAN

9.1. Semua pertandingan akan dijalankan secara Liga kumpulan atau kalah mati seperti berikut:-

      1. Format Satu (1) Kumpulan:-

  1. Sekiranya satu-satu permainan hanya lima (5) Zon sahaja yang mengambil bahagian, pertandingan akan dijalankan secara LIGA SATU KUMPULAN, pasukan yang memperolehi mata terbanyak akan dikira Pemenang dan seterus.  Sekiranya acara tersebut kurang daripada Tiga (3) pasukan penyertaanya akan dirujuk kepada Jawatankuasa Induk Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia atau acara tersebut dibatalkan.

      1. Format Dua (2) Kumpulan ( Kumpulan “A” dan  Kumpulan “B”)

        1. Pusingan Awal:-

    1. Enam (6) Zon yang mengambil bahagian dalam satu permainan, akan dibahagikan kepada dua (2) kumpulan iaitu Kumpulan “A” dan Kumpulan “B”. Pertandingan akan dijalankan secara LIGA DALAM KUMPULAN.

ii. Johan dan Naib johan permainan bagi Pesta Sukan tahun 2011 akan di dipisahkan sebagai pasukan pilihan kumpulan (seded). Johan akan mengetuai Kumpulan “A” manakala Naib Johan akan mengetuai Kumpulan “B”.


iii. Bagi pasukan lain akan di undi bagi menentukan kumpulan masing-masing.

9.1.2.2. Pusingan Kedua (Separuh Akhir)

  1. Pertandingan Pusingan Kedua akan dijalankan secara kalah mati, johan dan naib johan kumpulan layak memasuki peringkat separuh akhir seperti format berikut:-


9.1.2.3 Pertandingan Akhir

    1. Pasukan yang menang dalam pusingan separuh akhir layak ke pertandingan akhir manakala yang kalah akan menentukan tempat ketiga dan keempat seperti format diatas.

  1. SISTEM PEMARKAHAN

    1. Sistem Pemberian mata akan digunapakai bagi acara  permainan  seperti berikut
      1. Badminton

      1. Bola Tampar

      1. Boling

      1. Catur

      1. Dart

      1. Karom

      1. Ping Pong

      1. Sepak Takraw

i. Menang - 3 mata

ii. Kalah - 1 mata

10.2. Bagi permainan berikut pemberian markah akan mengikut format seperti berikut:-

      1. Futsal

      1. Bola Jaring

      1. Bola Sepak

i. Menang - 3 mata

ii. Seri - 1 mata

iii. Kalah - 0 mata




  1. PENENTUAN KEDUDUKAN JOHAN DAN NAIB JOHAN  DALAM KUMPULAN

11.1. Cara memutuskan keputusan kedudukan Johan dan Naib Johan dalam kumpulan bagi acara Futsal, Bola Jaring dan Bola Sepak, pemenang akan diambil kira seperti berikut:-

      1. Pasukan yang memperolehi mata terbanyak akan dikira pemenang (Johan Kumpulan), manakala markah kedua terbanyak  dikira sebagai tempat kedua (Naib Johan Kumpulan);

      1. Jika ada dua atau lebih pasukan memperolehi bilangan mata yang sama, perbezaan gol akan diambil kira;

      1. Jika masih seri jaringan gol terbanyak dalam semua perlawanan akan diambil kira;

      1. Jika masih seri,   akan diambil kira pertemuan diantara kedua-dua pasukan yang berkenaan, pasukan yang mengalahkan lawan nya dikira pemenang;

      1. Sekiranya masih tiada keputusan, lambung duit akan ditentukan selaku pemenang.

11.2. Bagi permainan-permainan Bola Tampar, Badminton, Boling, Catur, Dart, Karom, Ping Pong dan Sepak Takraw disiplin berikut akan dikuatkuasakan :-

      1. Pasukan yang mendapat mata terbanyak akan dikira pemenang;

      1. Jika dua atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama, perbezaan set akan diambil  kira;

11.2.3 Jika masih seri perbezaan mata antara yang diperolehi, maka mata kemenangan dan kekalahan  dalam setiap set perlawanan keselururhan akan dikira.  Perbezaan mata yang tertinggi akan menentukan pemenangnya;
      1. Jika masih seri akan diambil kira pertemuan diantara kedua-dua pasukan  yang berkenaan.

12. KEMENANGAN   PERCUMA

12.1. Pasukan yang tidak hadir atau lapor diri untuk pertandingan, Jawatankuasa Teknikal akan    memberi tempoh 15 minit seperti yang tercatat didalam jadual pertandingan, dikira sebagai memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan (yang telah cukup pemain) tanpa dimaklumkan kepada Jawatankuasan Teknikal Pertandingan atas kelewatannya, tindakan berikut akan diambil :-

      1. Semua perlawanan  pasukan yang berkenaan , samada yang telah dilangsungkan atau  belum tidak di ambil kira;

      1. Jika keadaan demikian, disebabkan tindakan Pegawai atau pemain maka mereka akan  dipertanggungjawabkan  kepada Jawatankuasa Disiplin dan akan dimaklumkan kepada Pengarah Kawasan / Negeri yang berkenaan.  Pihak Majlis Sukan berhak mengambil tindakan menggantungkan penyertaannya di dalam semua aktiviti Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia akan datang.

      1. Pengerusi Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia atau Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia mempunyai hak untuk mengambil sebarang keputusan jika timbul sesuatu kemusykilan dalam pesta ini dan keputusan adalah muktamad.












13. PAKAI DAN NOMBOR JERSI

13.1. Permainan-permainan berikut dibawah diperlukan memakai jersi yang bernombor dan seragam yang telah ditetapkan oleh Persatuan-Persatuan Sukan yang berkenaan:-


13.1.1. Futsal - Jersi bernombor di belakang ukuran 6” tinggi dan  di hadapan 3” tinggi dengan warna seragam serta peralatan keselamatan yang dibenar oleh Persatuan Bola Sepak Kebangsaan.


13.1.2. Bola Sepak - Jersi bernombor di belakang ukuran 6” tinggi dan  di hadapan 3” tinggi dengan warna seragam serta peralatan keselamatan yang dibenar oleh Persatuan Bola Sepak Kebangsaan.

13.1.3. Bola Tampar - Jersi bernombor di belakang dengan ukuran 6” tinggi dan di hadapan 3” tinggi dengan warna seragam kecuali pemain libero warna yang berlainan.

13.1.4. Sepak Takraw - Jersi bernombor di belakang dan dihadapan seperti jersi bola sepak, dengan warna seragam.

13.1.5. Bola Jaring - Jersi dan BIB warna seragam dengan seluar panjang (track bottom)

13.2. Jika terdapat kedua-dua pasukan didalam acara Futsal, Bola Sepak dan Bola Jaring memakai JERSI atau BIB yang sama warnanya, maka pasukan yang namanya mula-mula tercatat dalam jadual pertandingan mestilah menukar jersi atau BIB yang berlain warna.  Digalakkan setiap kontinjen membawa 2 warna jersi atau BIB bagi menggalakan perkara berikut akan berlaku.

13.3. Bagi acara Badminton, Boling, Catur, Dart, Karom dan Ping Pong, kontinjen hendaklah menyediakan pakaian seragam yang  bersesuaian.






14. JURI RAYUAN TERTINGGI

14.1. Semasa Pesta Sukan berlangsung tugas-tugas Jawatankuasa Tertinggi akan dilaksanakan oleh sebuah Juri Rayuan yang terdiri daripada  tidak kurang daripada 5 orang atau tidak lebih dari 7 orang ahli, terdiri daripada seperti berikut:-

i. Pengerusi - Pengerusi
Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia
ii. Ahli-ahli - Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
- Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MSJPM
- Setiausaha MSJPM
- Tiga (3) orang Ketua Kontinjen yang
berkecuali

14.2. Juri Rayuan tertinggi akan membuat keputusan muktamad berkenaan dengan semua hal berhubung dengan  pengelolaan Pesta Sukan.  Ketua Kontinjen / Pengurus Pasukan Permainan  boleh mengemukakan soalan-soalan kepada juri.  Selain daripada itu, juri berhak mencampuri dalam semua perkara yang berbangkit  semasa atau selepas Pesta ini di langsungkan.

15. RAYUAN / BANTAHAN

15.1. Sebarang rayuan atau bantahan mengenai sesuatu perkara, hendaklah dikemukakan oleh Ketua Kontinjen atau Pengurus Permainan berkenaan  secara bertulis kepada Juri Rayuan Tertinggi dalam tempoh tidak lebih dari dua (2) jam selepas tamat sesuatu perlawanan tersebut  dengan menyertai wang tunai sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja) sebagai  wang pertaruhan bantahan dan rayuan.

15..2. Sekiranya rayuan atau bantahan ini munasabah dan diterima oleh Juri Rayuan, maka wang pertaruhan akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat berhubung dengan Rayuan dan Bantahan itu.

15.3. Wang Pertaruhan itu akan hilang dan menjadi pendapatan kepada Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia sekiranya Rayuan dan Bantahan itu di didapati tidak munasabah.

16. JAWATANKUASA DISIPLIN

16.1. Jawatankuasa disiplin bagi mengendalikan kes-kes disiplin di kalangan Pegawai atau Atlit dan salahlaku, Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab terhadap disiplin semua Pegawai Kontinjen yang berdaftar dengan Urus Setia Pesta Sukan RTM Se Malaysia 2013, ahli-ahli jawatankuasa diisiplin ialah seperti berikut:-

Pengerusi - Pengerusi
Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia

Ahli-ahli - Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
- Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MSJPM
- Setiausaha MSJPM
- Tiga (3) orang Ketua Kontinjen yang
berkecuali

16..2. Pihak Jawatankuasa  disiplin berhak untuk memanggil mana-mana individu  yang difikirkan sesuai dan dapat membantu memberi maklumat yang berkaitan.

16.3. Seorang Pegawai atau Atlit yang telah diarah keluar Padang atau Gelanggang oleh Pengadil Permainan, beliau tidak di benarkan meneruskan permainan dengan sendirinya digantung satu perlawanan dalam perlawanan berikutnya, sehingga Jawatankuasa Disiplin mengambil tindakan yang sewajarnya.

17. PERATURAN TEKNIKAL / CORAK PERTANDINGAN

17.1. Semua jenis sukan yang di pertandingkan akan dikelolakan selaras dengan Peraturan Badan Kawalan Sukan Antarabangsa dan Kebangsaan yang dikuatkuasa masakini.  Jika terdapat percanggahan dari segi pentafsiran, maka pengertian sahih akan dirujukkan kepada Peraturan dalam Bahasa Inggeris.
17.2. Bagaimana corak pertandingan masih boleh diubahsuaikan untuk setiap jenis permainan berdasarkan kepada keadaan-keadaan  tertentu dan ini adalah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia.

    1. Peraturan dan format pertandingan  akan dijalankan seperti berikut:-

17.3.1. Futsal - Pendaftaran Pemain
10 orang pemain

5 orang bermain

Masa Perlawanan
7” - 5” - 7” -  Peringkat Awal
10” - 5” - 10”   -  Separuh Akhir / Akhir







17.3.2. Bola Sepak - Pendaftaran Pemain
(9 sebelah) 15 orang
9 pemain terbuka
6 pemain veteran

9 orang pemain
Kawalan pemain mengikut umur semasa berada di dalam padang waktu perlawanan:
6 pemain terbuka  3 pemain veteran

Masa Perlawanan
10” x 1” x 10”  -  Peringkat Awal/separuh akhir/akhir

17.3.3. Badminton - Pendaftaran Pemain
9 orang pemain
(3 lelaki terbuka / 3 lelaki veteran / 3 wanita)

Format Perlawanan
1 bergu wanita
1 bergu lelaki veteran
1 bergu lelaki terbuka
17.3.4. Bola Jaring - Pendaftaran Pemain
10 orang wanita (7 wanita terbuka, 3 veteran)

Kawalan pemain mengikut umur semasa berada di dalam padang waktu perlawanan:

6 pemain terbuka dan 1 pemain veteran

Masa Perlawanan
Peringkat awal
10” - 5” - 10”  -  Peringkat Awal
10”- 5“- 10” - 5”- 10”– Separuh Akhir / Akhir

17.3.5. Bola Tampar - Pendaftaran Pemain
12 orang pemain
( 9 pemain terbuka dan 3 pemain veteran)
Kawalan pemain mengikut umur semasa berada di dalam padang waktu perlawanan:

5 pemain terbuka dan 1 orang pemain veteran
Format Pertandingan
Peringkat Awal
- 2 set terbaik daripada 3 set
Separuh Akhir / Akhir
- 3 set terbaik daripada 5 set
17.3.6. Boling - Pendaftaran Pemain
9 orang pemain
( 6 lelaki  / 3 wanita)

Format Perlawanan
2 Trio lelaki
1 Trio wanita

17.3.7. Catur - Pendaftaran Pemain
5 orang pemain
( 3 lelaki / 2 wanita)

Format Perlawanan
2 papan peserta lelaki
1 papan peserta wanita

17.3.8. Dart - Pendaftaran Pemain
9 orang pemain
(3 pemain lelaki terbuka/ 3 pemain lelaki veteran dan 3 wanita)

Format Perlawanan
1 bergu wanita
1 bergu lelaki veteran
1 bergu lelaki terbuka

17.3.9. Karom - Pendaftaran Pemain
9 orang pemain
(3 pemain lelaki terbuka/ 3 pemain lelaki veteran dan 3 wanita)

Format Perlawanan
1 bergu wanita
1 bergu lelaki veteran
1 bergu lelaki terbuka


17.3.10. Sepak Takraw    - Pendaftaran Pemain
12 orang pemain lelaki
( 8 terbuka / 4 veteran)

Format Perlawanan
Bergu Pertama Terbuka
Bergu Veteran
Bergu Kedua Terbuka


17.3.11.  Ping Pong     - Pendaftaran Pemain
9 orang pemain
(3 pemain lelaki terbuka/ 3 pemain lelaki veteran dan 3 wanita)

Format Perlawanan
1 bergu wanita
1 bergu lelaki veteran
1 bergu lelaki terbuka
18. TARIKH, TEMPOH PENGELOLAAN DAN JADUAL PERTANDINGAN

81.1. Tarikh Kejohanan adalah pada 21 hingga 26 Sept 2013

18.2. Pesta Sukan RTM ke – 10 Sabah  2013 akan diadakan selama 5 hari.

18.2. Semua jadual  perlawanan  dan aktiviti harian disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Pengelola.

19. PENANGGUHAN

19.1. Tarikh, Masa dan Tempat perlawanan yang telah ditetapkan / dijadualkan sama sekali tidak boleh diminta tangguh atau diubah oleh kontinjen yang mengambil bahagian.

19.2. Jawatankuasa Teknikal / Pengelolaan adalah mempunyai kuasa mutlak untuk menangguh atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memberitahu terlebih dahulu atau diputuskan dengan serta merta.

19..3. Mana-mana perlawanan yang ditanggungkan menurut 19.2 diatas, maka Jawatankuasa Teknikal hendaklah menetapkan semula perlawanan yang telah  ditangguhkan itu.

19.4. Jika perlawanan ditangguhkan / diberhentikan diatas sebab-sebab tertentu oleh Pengadil / Jawatankuasa Pengelola, perlawanan akan disambung semula pada kedudukan mata / jaringan perlawanan tersebut dihentikan.  Perlawanan tidak mestinya dijalankan dipadang atau gelanggang yang sama. KECUALI bagi acara bola sepak dan futsal. Ianya mengikut Peraturan Pertandingan yang telah ditetapkan bagi acara tersebut.

20. KEMUDAHAN

20.1. Jawatankuasa Pengelola akan bertanggungjawab untuk menyediakan semua kemudahan yang berkaitan dengan pelaksanaan PESTA SUKAN RTM  ini seperti  Penginapan, Makan dan Minum, serta kemudahan gelanggang pertandingan kecuali Peralatan Sukan dan pengangkutan dibawah tanggungan kontinjen atau akan dikenakan bayaran oleh pihak pengelola.


20.2. Pakaian seragam, peralatan peserta seperti  jersi  dan sebagainya adalah tanggungjawab kontinjen masing-masing

20.3. Pihak Pengelola tidak akan menyediakan tempat latihan kecuali tempahan berbayar oleh kontinjen berkenaan.

21. GANTIRUGI

21.1. Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia, Jawatankuasa Pengelola, Jawatankuasa Teknikal, Jawatankuasa – Jawatankuasa Kecil dan Pegawai-Pegawai yang dilantik, tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan / kecederaan / kecelakaan dan kehilangan yang mungkin
berlaku kepada mana-mana Pegawai atau Peserta semasa Pesta Sukan dilangsungkan atau dalam perjalanan atau sebaliknya.


22. HADIAH

    1. Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia akan menyediakan hadiah seperti berikut:-

  1. Piala Pusingan setiap acara Permainan

  1. Piala Johan Keseluruhan

  1. Hadiah Perseorangan bagi  Johan, Naib Johan, Ke 3 dan ke 4

23. JOHAN KESELURUHAN

    1. Johan keseluruhan akan ditentukan mengikut jumlah mendapat pingat EMAS (Johan)

23.2. Sekiranya ada persamaan pingat, pasukan yang terbanyak menjadi Naib Johan akan diambil kira, masih juga ada persamaan, terbanyak tempat ke 3 akan menjadi penentuan.

24. PERKARA AM

24.1. Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Teknikal berkuasa mengambil sesuatu keputusan kepada sebarang perkara yang berbangkit tidak tercatat dalam Peraturan  Am.

24.2. Segala keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Pengelola atau Jawatankuasa Teknikal adalah muktamad.



24.3. Sebarang keputusan yang dibuat semasa Mesyuarat Ketua Kontinjen atau Pengurus-Pengurus Permainan adalah muktamad dan tidak boleh dibantah asalkan ia tidak bercanggah dengan Peraturan Am Pesta Sukan RTM Se Malaysia 2013 serta keputusan Jawatankuasa Tertinggi.


    1. Jawatankuasa Pengelola juga mempunyai kuasa mutlak memeriksa kelayakan peserta-peserta yang telah didaftarkan pada bila-bila masa.  Sekiraanya terdapat Peserta yang tidak layak menyertainya, seperti tercatat didalam Peraturan Am dan Peraturan Pertandingan tindakan berikut akan diambil sertamerta seperti berikut:-

      1. Pembatalan menyertai  acara tersebut kepada kontinjen yang berkenaan, hadiah kemenangan akan di tarik balik dan diberi kepada kontinjen yang berhak.

    1. Tiap-tiap kontinjen dikehendaki menyerahkan satu (1) helai bendera Negeri –Negeri kepada jawatankuasa Pengelola pada taklimat Pesta Sukan RTM ke-10 nanti.










Pengerusi Jawatankuasa Teknikal
Pesta Sukan RTM Ke - 10  2013 SABAH

PESTA SUKAN RTM 2013 - SABAH

PESTA SUKAN RTM 2013 - SABAH

PESTA SUKAN RTM 2013 - SABAH

PESTA SUKAN RTM 2013 - SABAH

PESTA SUKAN RTM 2013 - SABAH

PESTA SUKAN RTM 2013 - SABAH

PESTA SUKAN RTM 2013 - SABAH

PESTA SUKAN RTM 2013 - SABAH

PESTA SUKAN RTM 2013 - SABAH

PESTA SUKAN RTM 2013 - SABAH

PESTA SUKAN RTM 2013 - SABAH

PESTA SUKAN RTM 2013 - SABAH

PESTA SUKAN RTM 2013 - SABAH

PESTA SUKAN RTM 2013 - SABAH

PESTA SUKAN RTM 2013 - SABAH

PESTA SUKAN RTM 2013 - SABAH

PESTA SUKAN RTM 2013 - SABAH